Friday, March 4, 2016

MELANCONG PERCUMA KE LUAR NEGARA CROTIA ,NORWAY,BANGKOK ,TAIWAN , REGISTER SEKARANG ....SEAT MASIH ADA KOSONG !

Sure Antara ramai kawan kawan suka travel / melancong kan. Lebih - lebih lagi Yang travel free ? Nak tahu macamana ? Sekarang ni ramai yang pergi melancong ,tapi kena bayar beribu ringgit ...nak simpan duit ???.Boleh je ikut trip murah2 , tapi tempat penginapan ?

Dengan kami , trip dah lah percuma , tempat tinggal pula tu, 5 star hotel.Bonus pun dapat...Cuma Bawa duit untuk shopping je ....Nak tak ????

Jangan tunggu & lihat je ,korang kena bertindak ...zaman sekarang zaman siapa cepat dia dapat , tak bertindak tak dapat apa-apa.Ramai dah orang kita yang dah berjaya melancong ikut trip percuma ni dengan kami....
😊
Jadikan impian anda sebagai reason memulakan Perniagaan dengan kami😊
We are recruiting, and Prudential throw a challenge to Croatia, Taiwan and Bangkok for this year 2016  , Paling gempakkk...pergi Norway! So....pililh yang mana You All nak pergi next year 2017.Daftar & booking tempat sekarang sebelum terlambat..

💪😊
It's just March 2016 and we still have time to help u and mold you to achieve this Free Holidays Trips smile emoticon Stamp your passport free with us ....
How to get there ? 🤔
Call or Wassap me 0192707509 😎 Zikri Azmi
‪#‎prudential‬
‪#‎prudentialbsntakaful‬

JOM MELANCONG FREE DENGAN KAMI ......DAFTAR NAMA SEKARANG SEBELUM BULAN JUN 2016 UNTUK TRAVEL PADA 2017.

CANTIK - CANTIK PAKAIAN TRADISI CROTIA
                                                                              


best kan ? free travel .....

         WOW....Tak teruja ke dapat pergi tempat ni ?

pasar malam je selalu pergi apa kata tukar plk pasar Crotia...

sesekali tukar naik train............................asyik LRT je, bila lagi ?

Taiwan pula 

 tengok Taiwan macamana.....

                                               Amoi - amoi Taiwan ...
Bangunan paling tinggi kat sana.


tradition.....

CARA BUAT UNTUNG BERGANDA LOAN RUMAH DENGAN AMBIL MLTA ( INSURANS / TAKAFUL ) ?

Ini client Saya. Nama Dia Chia Lee , Dia ambil Plan Insurans / Takaful untuk setiap ahli keluarga Dia.Sambil minum petang Kami berkongsi cerita tentang ekonomi & politik semasa Malaysia .Dia ambil insurans /Takaful Bukan saja lindungi diri ahli keluarga Tapi juga harta benda termasuk rumah kediamannya .Bagaimana caranya Buat keuntungan melalui skim Ni ??? Ramai Yang Tak tahu Kan ???? Saya akan kongsi Kat bawah Ni....😊😘

Pada Mereka yang nak beli rumah baru atau dh beli, boleh consider ambil MLTA plan dgn prubsn..

Untuk RM300k - RM 500k , cuma perlu simpan RM 200 - Rm300 je sebulan .

Jangan ambil MRTA Masukkan sekali dalam loan. Anda akan rugi, Sebab jumlah loan akan Di campurkan dgn Insurans.Maknanya anda akan bayar Insurans gunakan duit loan sehingga 25 - 30 Tahun lama nya beserta faedah atau interest kepada pihak Bank.Selepas habis byr loan anda , anda cuma dapat rumah je Kan ???! 😊

Jadi pengguna bijak , biar Insurans /Takaful bayar faedah atau interest masuk akaun Kita.Selepas 20tahun anda dapat Simpanan lebih Dari Rm30k - Rm50k & juga rumah. Belum lagi jika berlaku Sudden Death waris anda akan dpt lebih Rm200k beserta simpanan melebihi Rm20k -30k dan rumah menjadi percuma tanpa perlu jelaskan baki loan. Buat kawan2 yang nak beli rumah baru atau dh beli Boleh convert skim Ni.🤔🙄😌😌😌

Bila anda refinance rumah.. Masih boleh guna plan MLTA ni.. Ataupun bila anda jual rumah.. Masih ada lagi plan ni beserta saving sekali.. Untungkan ???

Yang nak untung & Jadi pengguna bijak...

Nak tau lebih lanjut ??.. Blh pm saya ya!!😍😍😍😍0192707509 Zikri Azmi

#prudentialbsntakaful
#prudential
#saving




Wednesday, April 23, 2014

TIPS -TIPS CARA MUDAH KURANGKAN KADAR BAYARAN CUKAI PENDAPATAN

Selamat Sejahtera.
Ketika pertama kali membayar cukai pendapatan dulu, memang saya “blur” dan tak tahu rupanya ada banyak cara untuk kita kurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar. Tahun lepas saya menerima cek dari LHDN, memulangkan kembali duit saya yang terlebih bayar. Alhamdulillah.
Jadi, point saya, sebagai seorang yang celik ilmu pengurusan kewangan, mahu tidak mahu anda perlu menguasai cara mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar dengan mengenalpasti pelepasan cukai yang diberikan oleh LHDN.

Kurangkan Cukai Pendapatan
Antara perbelanjaan anda yang boleh mendapat pelepasan cukai ialah:
1. Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang muslim. Anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak jumlah zakat yang ada bayar.
2. Pendidikan Anak – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000 sekiranya anda menyimpan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi dan juga simpanan Pendidikan melalui Insurans.
3. Bantuan kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti MERCY dan MAKNA
4. Pembelian buku, journal, majalah – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.
5. Melanjutkan pelajaran postgraduate – Pelepasan cukai maksimum RM5000 setahun. Sila semak syarat-syaratnya di laman web LHDN .
6. Pembelian barangan sukan – Pelepasan cukai maksimum RM300
7. Insuran hayat/takaful keluarga – Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF).
8. Bayaran perubatan untuk ibu bapa – Pelepasan cukai maksimum RM5000.
9. Pembelian komputer - Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)
10. Full Medical Check Up. Maksimum RM500 seorang untuk full medical checkup dan RM 5000 untuk penyakit kritikal dan peralatan bantuan asas (basic supporting equipment)
Peringatan:
  • Pastikan anda menyimpan semua resit dan bukti untuk tujuan pelepasan cukai. Lebih molek kalau anda sediakan satu fail khusus untuk Cukai Pendapatan Peribadi
  • Layari laman web LHDN untuk informasi dan maklumat yang lebih lanjut.
Nak tahu lebih lanjut bagaimana Insuran Hayat / Education Plan / Medical Insurans dan Takaful Keluarga mampu mengurangkan bayaran Cukai Pendapatan Tahunan anda ? Boleh hubungi saya hanya di Prudential .
email di : pru1way@gmail.com
Kawan saya di tempat kerja ada kongsikan presentation yang amat berguna berkenaan 26 cara kurangkan cukai pendapatan di Malaysia (Sumber: Personal Money Magazine March 2008). Sila klik di sini

Monday, January 14, 2013

PERJUANGAN TIDAK BERNOKTAH , 2013

2012 dah pun melabuhkan tirainya.Tak terasa waktu & masa begitu cepat berlalu.Tahu- tahu jer dah tahun 2013.

Perjuangan untuk tahun 2013 kini bermula, bermula untuk menyedarkan seberapa ramai masyarakat Malaysia tentang kepentingan Insurans.Ermm...tapi memang ramai di kalangan kita tidak memahami apa itu Insurans & Takaful.Paling sedih ,  majoriti orang Melayu di Malaysia ini tidak berapa suka bercerita tentang Insurans dan memiliki Insurans.




Bermula tahun baru ini... saya berazam untuk berkongsi seberapa banyak cerita dan kisah tentang pengalaman dan kerja seharian sebagai Agen Insurans..Boleh lah di jadikan panduan dan rujukan ..Insyallah.

Tapi yang paling pelik pulak tu, bila Syarikat ( Majikan ) tempat mereka bekerja ada memberi perlindungan Insurans atau Takaful kepada pekerja lebih - lebih lagi jika keluarga anak isteri juga turut mendapat perlindungan Insurans dari majikan.Pengalaman saya sepanjang terlibat dalam dunia sales Insurans dan Takaful ini penuh cabaran... hehehehe! berbagai ragam & karenah prospek mahupun pelanggan yang kita temui.Walau bagaimana pun saya tetap seronok dengan kerjaya ini, yang dapat membantu ramai di kalangan masyarakat terutama orang Melayu akan penting nya mereka punya Insuran sendiri bagi melindungi keluarga dan anak - anak.

Satu kepuasan jika dapat membantu mereka dan sedar tentang pentingnya Insurans peribadi ( Life Insurans , Medical Card , Sakit Kritikal , Accident ,  )

Paling saya suka & gembira bilamana dapat membantu mereka bagaimana serta caranya membuat Simpanan Pendidikan Anak - Anak ( Bagi menjamin kewangan anak di masa hadapan ketika mahu memasuki Universiti kelak ) melalui Insurans Pendidikan / Takaful Pendidikan. Saya suka memberithau mereka kenapa dan apa bezanya dan ISTIMEWANYA mereka menyimpan di Insurans & Takaful.

Nanti di bahagian lain saya akan ceritakan kenapa........

ok.



BAGAIMANA CARA MUDAH SELESAIKAN HUTANG KAD KREDIT ...

Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi

 

                   BAGAIMANA CARA MUDAH SELESAIKAN HUTANG KAD KREDIT

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.
Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.
Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.
Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.
“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.
“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.
Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.
Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.
Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.
Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.
Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.
“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.
Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.
“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.
Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.
Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.

Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi
KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.
Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.
Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.
Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.
“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.
“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.
Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.
Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.
Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.
Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.
Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.
“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.
Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.
“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.
Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.
Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.


* Dapatkan Medical Card ( Pembayaran Bil Hospital & Klinik ) bernilai RM500,000.00 sehingga RM 2.5 Juta dengan bayaran premium serendah RM100 sebulan hanya di Prudential & Prudential BSN TAKAFUL.

* Hubungi no : 01129016399 atau email : pru1way@gmail.com untuk maklumat lanjut




Thursday, October 4, 2012

SIAPA - SIAPA PUN BOLEH KENA STROKE ?

Tindakan segera Rawat strok


Strok akibat pendarahan otak atau aliran darah tersekat boleh menyebabkan kelumpuhan sebelah bahagian badan.
PANIK dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Begitulah reaksi jika ada antara ahli keluarga anda tiba-tiba diserang angin ahmar atau strok. Insan yang tersayang kini tidak mampu bergerak mahupun menguruskan diri.
Oleh itu, sokongan dan bantuan emosi daripada keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu proses pemulihan pesakit strok .
Selain itu, kemahiran yang betul dapat membantu pesakit strok pulih dan berasa lebih selesa.
Namun, tidak semua orang menyedari dan mengetahui caranya kerana ramai menganggap pesakit strok tidak dapat dipulihkan.
Menurut Pegawai Perubatan Hospital Penjagaan Jangka Masa Panjang Columbia Asia, Dr. Zaireen Ahmad Zamri, strok dapat dipulihkan mengikut tahap keseriusan penyakit itu.
"Jika anda menghidap strok, tidak bermakna berakhirnya hidup seseorang itu. Strok boleh disembuhkan walaupun separuh daripada otak mengalami kerosakan," katanya.
Memanglah, katanya, serangan strok boleh mengubah kehidupan seseorang untuk sepanjang hayat.
"Jika sebelum ini mereka boleh berdikari tetapi apabila diserang strok , mereka mungkin mengalami kelumpuhan yang menyebabkan terpaksa bergantung kepada mereka yang sihat," ujarnya.
Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak memandang ringan terhadap penyakit ini.
Apa itu strok?Dr. Zaireen memberitahu, strok dikenali sebagai 'serangan otak' kerana ia berlaku apabila aliran darah ke otak terganggu.
" Ia berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran sehinggalah seseorang itu mengalami lumpuh sebelah badan sama ada di sebelah kanan atau kiri. Namun, bukan semua jenis strok menyebabkan lumpuh kerana gangguan saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan," katanya.
Tambah beliau lagi, terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia (salur darah tersumbat) dan strok berdarah (salur darah pecah).
Menerangkan mengenai strok iskemia, ia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak.
Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya.
Strok jenis tersebut mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak lalu menghalang bekalan darah.
Embolisme serebrum pula berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.
Sementara itu, strok berdarah terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan.
Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.
Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.
"Dalam hal ini, kebanyakan strok iskemia boleh dicegah dan dirawat secara berkesan untuk mengurangkan kerosakan kepada otak.
"Masalah yang timbul dalam hal pencegahan adalah pesakit sering terkeliru tanda-tanda awal strok dengan penyakit lain seperti jantung," katanya.
Sebagai contoh, orang yang merasa sakit dada akan segera mendapatkan rawatan perubatan kerana mereka bimbang mereka mungkin mengalami serangan jantung. Namun, ramai yang menghidap gejala strok, seperti kelemahan di sebelah bahagian badan atau pertuturan yang kurang jelas, cuma mengambil sikap 'tunggu dan lihat' dan tidak mendapatkan rawatan perubatan dengan serta-merta.
"Lebih teruk lagi, ada kalangan ahli keluarga yang beranggapan ia bukan serangan strok tetapi terjadi akibat perbuatan aniaya atau sihir," jelasnya.
Tanda-tanda strok Justeru Dr. Zaireen mengingatkan orang ramai perlu mengetahui tanda amaran awal strok tanpa mengira usia kerana strok boleh menyerang golongan muda.
Antara tanda awal kelemahan atau kebas secara tiba-tiba pada sebelah bahagian badan.
"Paling ketara kita dapat melihat kesukaran pesakit bercakap atau memahami pertuturan, atau pertuturan tidak jelas," katanya.
Apabila tindakan lambat diambil, ramai orang kehilangan banyak masa mendapatkan rawatan kecemasan yang boleh membawa perbezaan ketara dari segi pemulihan strok .
Bagaimana strok didiagnosis dan dirawat?Dr. Zaireen menjelaskan, doktor akan melakukan diagnosis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.
Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.
"Setiap pesakit mungkin mengalami kesan strok yang berbeza. Ini disebabkan hilang upaya akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku," jelasnya.
Menurut Dr. Zaireen, orang ramai perlu mengawal faktor utama yang boleh menyumbang kepada strok iaitu diabetes, darah tinggi, paras kolesterol dan tabiat merokok.
Selain rawatan ubat-ubatan, pesakit juga boleh menjalani rawatan pemulihan seperti yang dilakukan oleh Hospital Columbia.
"Kami menerima pesakit yang disahkan menghidap strok dan diminta melakukan rawatan susulan di sini. Pesakit boleh sembuh dengan adanya rawatan fisioterapi dan penjagaan khas dalam jangka masa panjang dari segi pemakanan dan gaya hidup mereka," katanya.
Ditanya sejauh mana kepentingan melakukan pemulihan segera terhadap mangsa strok , beliau menegaskan ia adalah amat penting kerana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin.
Ini kerana semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.
"Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling. Di sini kami turut meminta kerjasama keluarga pesakit bagaimana membantu pesakit mengamalkan gaya hidup sihat.
"Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah," jelasnya.
Tambah beliau, strok mungkin boleh menyerang buat kali kedua. Oleh itu, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.
 

*** Walau bagaimana susah dan sibuknya kita carilah peluang untuk bersenam sekurang2nya 3kali seminggu, amalkan gaya pemakanan sihat. Dan paling penting jika kita sebagai ketua keluarga ambillah Medical Card Insurans dan Life insurans untuk melindungi keluarga kita yang tersayang sebagai persediaan atas perkara yang tidak di jangka ini.
Kerana penyakit atau kemalangan akan datang tanpa memaklumkan kepada kita samada kita dah punya bajet atau bersedia ataupun tidak.

Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut Medical Card Insurans dan Life Insurans Mahu pun Takaful di no :01129016399
atau boleh email ke : pru1way@gmail.com

Inovasi implan stent untuk jantung

Inovasi implan stent untuk jantung

SITI, dalam usia 50-an, sentiasa sibuk dengan tugas beliau sebagai seorang ketua pegawai eksekutif untuk sebuah syarikat. Terlalu sibuk hinggakan tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan diri.
Pada suatu pagi, sewaktu beliau hendak ke pejabat, Siti mengalami rasa sakit dada yang amat sangat dan akhirnya dia terus tidak sedarkan diri.
Apabila pulih dan sedar semula, Siti mendapati dirinya berada di hospital. Apakah yang telah berlaku?
“Siti, anda telah mengalami serangan jantung dan disahkan menghidap penyakit jantung koronori (CAD). Kami mendapati saluran darah jantung anda menjadi sempit. Anda perlu rawatan segera untuk mengelak komplikasi yang lebih teruk," terang doktor.
Arteri Siti iaitu saluran darah yang membawa darah mengandungi oksigen keluar dari jantung untuk mengalir ke seluruh badan menjadi sempit disebabkan pembentukan plak pada bahagian dalam dinding arteri.
Dokter Pakar dan Peralatan Perubatan memerlukan belanja yang tinggi

Halangan ini menyebabkan kekurangan pengaliran darah yang membawa oksigen ke jantung yang mengakibatkan sakit dada, degupan jantung tidak tetap (arrhythmias), serangan jantung dan mungkin maut.
Untuk merawat CAD, stent membebaskan ubat (perancah) dimasukkan ke dalam saluran darah. Implan ini direka khas bagi membantu melebarkan saluran darah untuk pengaliran darah yang lebih lancar ke jantung.
Teknologi perubatan terkini menemui Absorb™ BVS, iaitu satu-satunya stent pembebasan ubat (DES) bukan-metalik.
Uniknya, BVS menggunakan teknologi inovatif syarikat, dihasilkan daripada polylactide, sejenis bahan yang biasanya digunakan dalam bidang perubatan seperti benang jahitan pembedahan mudah larut.
Memandangkan ia daripada bahan semulajadi, BVS selamat digunakan sebagai implan kerana ia akan habis larut setelah dua tahun dan diserap semula ke dalam tubuh.
Menurut Ketua Jabatan Kardiologi di Institut Jantung Negara, Datuk Dr. Rosli Mohd. Ali, ciri istimewa ini membezakan Abbott BVS dengan stent pembebasan ubat (DES) metalik yang konvensional.
Selain itu, BVS mengandungi stent metalik yang dimasukkan ke dalam saluran darah jantung pesakit dan meninggalkan implan kekal dalam badan pesakit.
“BVS bersifat bioresorbable, bermaksud ia akan larut secara beransur-ansur (dalam masa lebih kurang dua tahun). Salur darah yang dirawat boleh kembali ke keadaan semulajadinya. Ia turut mengembalikan keanjalan semulajadi dan pergerakan saluran darah. Dalam jangka masa panjang, BVS berpotensi mengurangkan keperluan pesakit untuk mengulangi prosedur tersebut atau menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass)," jelas beliau pada sidang media memperkenalkan BVS oleh Abbott Laboratories (M) Sdn Bhd (Abbott) baru-baru ini.
Tambah Dr. Rosli, faktor ini menyebabkan prosedur BVS paling sesuai untuk pesakit muda atau yang mendapat rawatan untuk kali pertama.
“ Pada masa ini, masih tidak terdapat jenis stent yang sesuai untuk golongan pesakit ini. Oleh itu, BVS membantu doktor menawarkan pilihan rawatan yang lebih luas sebagai pencegahan pada masa depan," tambahnya.
 
  
*** Setiap dari kita tidak lepas dari sakit, kemalangan dan akhirnya mati.Dapatkan pelan Insurans Perubatan ( Medical Card ) dan Life Insurans bagi membantu melindungi KEWANGAN kita bila di landa musibah yangtidak di jangka.Hubungi saya di 01129016399 atau boleh email ke : pru1way@gmail.com untuk maklumat lanjut.