Thursday, September 8, 2011

KENAPA NAK BUAT SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK ? .MULAKAN IA DARI SEKARANG

Pendidikan adalah kunci penentu masa depan anak-anak bagi menikmati kehidupan yang baik dan sempurna.Sebagai seorang ibu atau bapa pastinya hajat kita mahu melihat anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik.

Dialaf ini untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik,kita tidak dapat lari daripada kekangan kos.Demikian juga dengan Kos Pendidikan terbaik.Namun begitu, berapa ramaikah antara kita yang memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk tabungan pendidikan anak?

Atau kita masih memiliki pemikiran mengharapkan belas ehsan kerajaan menerusi biasiswa atau pinjaman pendidikan.

Harus diingat pada masa yang akan datang kerajaan tidak akan lagi dapat menampung permintaan untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman disebabkan kekurangan dana. Jadi pada masa hadapan, hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang akan dapat menikmati kemudahan biasiswa atau pinjaman ini.

Jika kita mengikuti gaya kemasukan pelajar ke IPTA atau IPTS ketika ini adalah semakin meningkat. Sudah tentu persaingan untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman dari mana-mana agensi kerajaan akan meningkat. Bagi mereka yang gagal mendapatkan pembiayaan, sudah tentu mereka ini akan tercicir walaupun mempunyai kelayakan yang tinggi untuk memasuki universiti. Ditambah pula dengan kos pendidikan yang semakin tinggi, sudah tentu ramai yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran jika tiada simpanan yang cukup untuk membiayai kos pembelajaran dan sara hidup di universiti.

Jangan biarkan ini terjadi kepada anak kita!!.

Jadi sebagai ibu-bapa yang prihatin kepada pendidikan anak-anak, perancangan harus dimulakan bagi mewujudkan satu tabungan khas bagi tujuan simpanan pendidikan anak-anak.

Prudential BSN Takaful melalui Plan Takafulink Cerdik menawarkan perkhidmatan yang lebih fleksible dan mudah.Dengan pilihan bayaran minimum sebulan sebanyak RM100.00 sahaja anak anda akan mendapat manfaat pelindungan serta simpanan penting masa depannya.

Sebagai ibubapa yang prihatin kepada masa depan anak-anak ,tentu sekali pernah terlintas dalam fikiran bagaimana masa depan anak-anak sekiranya ibubapa meninggal atau hilang upaya kekal.Manfaat Plan Takafulink Cerdik ialah Percuma sekiranya pembayar ditimpa musibah.

Bermakna Bayaran sebanyak RM100.00 sebulan akan percuma sehingga anak mencapai usia 25 Tahun.Segala manfaat lain dalam perlindungan akan kekal .

Berapakah Jumlah Simpanan Pendidikan Anak Anda ?

Prudential BSN Takaful melalui Plan Takafulink Cerdik sangat menarik kerana anda boleh menentukan jumlah pampasan pelindungan serta Jumlah Simpanan sehingga usia anak 25 Tahun. Anda juga tidak perlu menunggu sehingga anak anda berusia 25 tahun barulah boleh dikeluarkan simpanan.Simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa disaat anda benar-benar perlukan wang.

Penting untuk anda ketahui apabila anda membeli takaful bagi tujuan simpanan pendidikan anak .Berapa lama tempoh simpanan boleh dikeluarkan ? Berapakah jumlah simpanan apabila sampai tempoh matang ? Anggaran Jumlah Simpanan tersebut cukup untuk kos pendidikan ? , Dan yang sangat penting Berapakah jumlah bayaran terkumpul anda sehingga tempoh matang berbanding jumlah maksimum simpanan?.

Kami yakin anda sentiasa inginkan yang terbaik ,apatah lagi bila melibatkan masa depan anak-anak.Kerana itu kami yakin anda akan memilih Plan Takafulink Cerdik untuk simpanan pendidikan anak anda.

Hubungi saya melalui bagi maklumat lebih lanjut dan terperinci di email : pru1way@gmail.com

No comments:

Post a Comment