Wednesday, April 23, 2014

TIPS -TIPS CARA MUDAH KURANGKAN KADAR BAYARAN CUKAI PENDAPATAN

Selamat Sejahtera.
Ketika pertama kali membayar cukai pendapatan dulu, memang saya “blur” dan tak tahu rupanya ada banyak cara untuk kita kurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar. Tahun lepas saya menerima cek dari LHDN, memulangkan kembali duit saya yang terlebih bayar. Alhamdulillah.
Jadi, point saya, sebagai seorang yang celik ilmu pengurusan kewangan, mahu tidak mahu anda perlu menguasai cara mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar dengan mengenalpasti pelepasan cukai yang diberikan oleh LHDN.

Kurangkan Cukai Pendapatan
Antara perbelanjaan anda yang boleh mendapat pelepasan cukai ialah:
1. Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang muslim. Anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak jumlah zakat yang ada bayar.
2. Pendidikan Anak – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000 sekiranya anda menyimpan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi dan juga simpanan Pendidikan melalui Insurans.
3. Bantuan kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti MERCY dan MAKNA
4. Pembelian buku, journal, majalah – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.
5. Melanjutkan pelajaran postgraduate – Pelepasan cukai maksimum RM5000 setahun. Sila semak syarat-syaratnya di laman web LHDN .
6. Pembelian barangan sukan – Pelepasan cukai maksimum RM300
7. Insuran hayat/takaful keluarga – Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF).
8. Bayaran perubatan untuk ibu bapa – Pelepasan cukai maksimum RM5000.
9. Pembelian komputer - Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)
10. Full Medical Check Up. Maksimum RM500 seorang untuk full medical checkup dan RM 5000 untuk penyakit kritikal dan peralatan bantuan asas (basic supporting equipment)
Peringatan:
  • Pastikan anda menyimpan semua resit dan bukti untuk tujuan pelepasan cukai. Lebih molek kalau anda sediakan satu fail khusus untuk Cukai Pendapatan Peribadi
  • Layari laman web LHDN untuk informasi dan maklumat yang lebih lanjut.
Nak tahu lebih lanjut bagaimana Insuran Hayat / Education Plan / Medical Insurans dan Takaful Keluarga mampu mengurangkan bayaran Cukai Pendapatan Tahunan anda ? Boleh hubungi saya hanya di Prudential .
email di : pru1way@gmail.com
Kawan saya di tempat kerja ada kongsikan presentation yang amat berguna berkenaan 26 cara kurangkan cukai pendapatan di Malaysia (Sumber: Personal Money Magazine March 2008). Sila klik di sini