Thursday, August 4, 2011

JIKA TIADA INSURANS HAYAT ( LIFE INSURANCE ) ATAU TAKAFUL KELUARGA LANGSUNG ? - MyPru1Way

Di Malaysia Negara kita tiada undang-undang yang mengatakan bahawa kita mesti mengambil Insurans Hayat ( Life Insurance ) atau Takaful Keluarga . Bagaimanapun , KITA SEMUA MEMPUNYAI INSURANS HAYAT ( LIFE INSURANCE ) ATAU TAKAFUL KELUARGA SAMADA KITA MEMBELINYA ATAU TIDAK.!!!!

Satu-satunya persoalan ialah SIAPA YANG MENGINSURANSKAN KITA ? SYARIKAT INSURANS ATAU KITA SENDIRI ? SIAPA....ANDA PILIH YANG MANA ???
Jika anda memutuskan untuk TIDAK MEMBELI POLISI INSURANS HAYAT ( LIFE INSURANCE ) ATAU TAKFUL KELUARGA ANDA SEBENARNYA TELAH PUN MENGINSURANSKAN DIRI ANDA SENDIRI.......!!!! Ataupun apa yang kita sebut sebagai " SELF INSURED "

Apabila sesuatu yang tidak di ingini menimpa diri kita , keluarga kita dan orang tersayang , kita terpaksa bergantung pada WANG SIMPANAN KITA SENDIRI untuk menyara hidup sehingga sumber pendapatan lain di perolehi.Ini mungkin bukan satu bentuk perancangan yang bijak dan pastinya tidak efektif. Oleh tu , jikan anda memilih untuk TIDAK MEMBELI MANA-MANA POLISI INSURANS HAYAT atau TAKAFUL KELUARGA LANGSUNG , ANDA SEBENARNYA MENANGGUNG SEMUA RISIKO ITU SENDIRI.....!!!! Adakah anda sebegitu?

Anda menginsurankan RUMAH ANDA YANG ANDA BELI dan DUDUKI , anda juga menginsurankan KERETA dan MOTOR YANG ANDA BELI dan NAIKI , ANDA JUGA MENGINSURANKAN SEGALA HARTA ATAU BARANG YANG TERDAPAT DI DALAM RUMAH ANDA ATAU KEDAI ATAU PEJABAT YANG MANA ANDA MEMBAYAR SEGALANYA BAGI MELINDUNGI PERKARA-PERKARA TERSEBUT TETAPI ANDA GAGAL MELINDUNGI DIRI DAN PENDAPATAN ANDA SENDIRI... ???

Tepuk dada tanya selera..............!!!

Bagaimana Saya Menentukan Nilai Perlindungan Saya Ya ? - MyPru1Way

Lazimnya orang membuat keputusan mengenai amaun perlindungan pendapatan mereka berdasarkan bajet iaitu premium yang mampu di bayar.Pendekatan ini tiada salahnya tetapi lebih baik jika anda menentukan bayaran jumlah perlindunganberdasarkan berapa banyak anda perlukan daripada yang anda mampu.......

BAGAIMANA SAYA MENENTUKAN KEPERLUAN SAYA ?

Keperluan anda pada umumnya boleh di ketogerikan sebagai serta merta, berterusan dan masa depan.Keperluan serta merta ialah perbelanjaan yang di perlukan apabila anda meninggal dunia dan biasanya perbelanjaan ini sekali atau sekaligus saja.
Keperluan berterusan ialah perbelanjaan yang berulang dan diperlukan oleh keluarga anda untuk meneruskan hidup sehari-hari.Keperluan masa depan ialah perbelanjaan yang mungkn belum nampak sekarang tetapi akan timbul pada suatu masa nanti.Contoh ketiga-tiga ketogeri ini adalah seperti berikut :-


SERTA-MERTA

1) Perbelanjaan perubatan yang tidak dilindungi
2) Pinjaman Perumahan
3) Pinjaman Kereta
4) Hutang Kredit Kad
5) Pinjaman Peribadi ( Personal Loan )
6) Cukai Tertunggak
7) Hadiah / Pemberian Sekaligus
8) Pinjaman Pelajaran ( PTPTN )

BERTERUSAN

1) Makanan
2) Rumah
3) Pakaian
4) Utiliti
5) Pengangkutan
6) Perbelanjaan Perubatan
7) Life Insuran / Takaful Keluarga
8) Hadiah / Pemberian Tahunan

MASA DEPAN

1) Pendidikan Anak ( Simpanan Pelajaran ke Universiti )
2) Persaraan

Apakah Kegunaan Lain Insuran Hayat atau Takaful Keluarga - MyPru1Way

Selain sebab di sebutkan seperti sebelum ini, Insurans Hayat ( Life Insurance ) atau Takaful Keluarga juga di gunakan untuk : -

MEMBAYAR PERBELANJAAN AKHIR

Tiada yang percuma ini - mati pun ada bayaran yang perlu di bayar untuk meninggalkan dunia ini...!!! Bayaran ini ialah seperti kos probet dan kos pentadbiran harta pusaka yang lain,hutang dan perbelanjaan perubatan yang tidak di lindungi oleh polisi Insurans kesihatan anda.Insurans Hayat atau Takaful Keluarga sangat berguna untuk membiayai sebahagian kos ini dan memastikan keluarga anda mempunyai wang tunai yang secukupnya bagi meneruskan kehidupan mereka tanpa gangguan setelah KETIADAAN KITA!

SEBAGAI WARISAN

Ketika kebanyakkan kita bergelut untuk meneruskan hidup , PERSOALAN MENINGGALKAN WARISAN UNTUK ORANG TERSAYANG JARANG TERLINTAS DI FIKIRAN KITA. Insuran Hayat atau Takaful Keluarga adalah cara yang paling efisien bagi mewujudkan warisan untuk orang tersayang walau sekecil manapun kemampuan anda.Anda cuma perlu tentukan berapa banyak yang mampu di peruntukkan sebagai premium anda dan memutuskan siapa anda mahu namakan sebagai penama dalam polisi Insuran Hayat atau Takaful Keluarga anda .Malah , ianya satu-satunya Instrumen kewangan yang mana anda membayar ringgit terdiskaun untuk mewujudkan warisan yang besar.
Maksudnya dengan nilai bayaran premium atau sumbangan yang kecil anda boleh mendapatkan jumlah perlindungan yang agak besar bergantung pada umur anda dan jenis produk . Kelebihan tambahan ialah wang Insuran atau Takaful Keluarga itu DIKECUALIKAN CUKAI...!!!!
Selain itu ia juga boleh digunakan untuk membuat sumbangan kepada badan amal kegemaran anda.Dengan menggunakan polisi Insurans Hayat atau Takaful Keluarga anda sebenarnya membuat sumbangan yang lebih besar daripada anda mendermakan wang tunai yang sama banyak dengan premium polisi.

MEWUJUDKAN SUMBER SIMPANAN

Insurans Hayat ( Life Insurance ) atau Takaful Keluarga boleh bertindak sebagai satu bentuk " TABUNGAN PAKSA " ( FORCE SAVING ) terutama bagi mereka yang liat menabung . Kebanyakkan pelan Insuran Hayat atau Takaful Keluarga menyertakan nilai tunai yang boleh anda keluarkan pada masa tertentu. Ini berfungsi sebagai satu lagi tabungan dana bagi tujuan kecemasan atau boleh juga anda membuat satu TABUNG PENDIDIKAN ANAK ANDA atau PERSARAAN ANDA SENDIRI DI HARI MENDATANG.
Bagaimanapun tujuan utama ialah sebagai alat PERLINDUNGAN PENDAPATAN dan PENGUMPULAN KEKAYAAN.
Ianya bukan pengganti program simpanan peaburan anda yang lain tetapi cuma pelengkap program itu.

Kesimpulannya tiada intrumen kewangan lain di pasaran yang sama gunanya dengan Insurans Hayat ( Life Insurance ) atau Takaful Keluarga .Apabila kita melihat tujuan di sebalik tujuan kita mendapati ia sememangnya menakjubkan bagi melindungi kehidupan orang tersayang.

Bagaimana Pula dengan Perlindungan Kematian akibat dari Bunuh Diri - MyPru 1Way

Ada fasal Bunuh Diri dalam polisi insuran anda yang menyatakan " Kematian Hayat yang di insurankan akibat bunuh diri,semasa siuman atau tidak siuman dalam tempoh satu tahun dari tarikh polisi di keluarkan atau dari tarikh mana-mana penghidupan semulanya, mana-mana yang kemudian akan menyebabkan polisi ini terbatal. INI BERMAKNA SELEPAS TEMPOH SATU TAHUN ITU, KEMATIAN AKIBAT BUNUH DIRI JUGA AKAN DILINDUNGI.

Bagaimana dengan Perlindungan Kematian Akibat daripada Kemalangan - MyPru1Way

Sudah pasti ya, Polisi Insuran Hayat ( Life Insurance ) atau Takaful Keluarga anda juga melindungi kematian akibat kemalangan.Bahkan, Ia juga melindungi kematian akibat sebarang sebab akibat kemalangan seperti kemalangan jalanraya,Kemalangan Terjatuh dari Bangunan,Bilik air ,Ketika memasak ,Ketika Bersukan ,Ketika Bekerja dll. Ia juga melindungi Hilang Upaya Kekal Menyeluruh akibat kemalangan.Manfaat atau faedah ini akan di bayar di sampng mana-mana polisi Kemalangan Diri yang lain yang mungkin anda miliki.

Adakah Manfaat atau Faedah Insuran Hayat atau Takaful Keluarga hanya di bayar ketika Kematian Sahaja ? - MyPru1Way

Selain perlindungan kematian ,Insuran Hayat atau Takaful Keluarga juga lazimnya turut melindungi Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.Jika anda di sahkan oleh pengamal perubatan berdaftar bahawa anda mengalami keadaan itu, anda akan di bayar jumlah di insurankan itu tertakluk kepada had tertentu.