Monday, January 14, 2013

PERJUANGAN TIDAK BERNOKTAH , 2013

2012 dah pun melabuhkan tirainya.Tak terasa waktu & masa begitu cepat berlalu.Tahu- tahu jer dah tahun 2013.

Perjuangan untuk tahun 2013 kini bermula, bermula untuk menyedarkan seberapa ramai masyarakat Malaysia tentang kepentingan Insurans.Ermm...tapi memang ramai di kalangan kita tidak memahami apa itu Insurans & Takaful.Paling sedih ,  majoriti orang Melayu di Malaysia ini tidak berapa suka bercerita tentang Insurans dan memiliki Insurans.




Bermula tahun baru ini... saya berazam untuk berkongsi seberapa banyak cerita dan kisah tentang pengalaman dan kerja seharian sebagai Agen Insurans..Boleh lah di jadikan panduan dan rujukan ..Insyallah.

Tapi yang paling pelik pulak tu, bila Syarikat ( Majikan ) tempat mereka bekerja ada memberi perlindungan Insurans atau Takaful kepada pekerja lebih - lebih lagi jika keluarga anak isteri juga turut mendapat perlindungan Insurans dari majikan.Pengalaman saya sepanjang terlibat dalam dunia sales Insurans dan Takaful ini penuh cabaran... hehehehe! berbagai ragam & karenah prospek mahupun pelanggan yang kita temui.Walau bagaimana pun saya tetap seronok dengan kerjaya ini, yang dapat membantu ramai di kalangan masyarakat terutama orang Melayu akan penting nya mereka punya Insuran sendiri bagi melindungi keluarga dan anak - anak.

Satu kepuasan jika dapat membantu mereka dan sedar tentang pentingnya Insurans peribadi ( Life Insurans , Medical Card , Sakit Kritikal , Accident ,  )

Paling saya suka & gembira bilamana dapat membantu mereka bagaimana serta caranya membuat Simpanan Pendidikan Anak - Anak ( Bagi menjamin kewangan anak di masa hadapan ketika mahu memasuki Universiti kelak ) melalui Insurans Pendidikan / Takaful Pendidikan. Saya suka memberithau mereka kenapa dan apa bezanya dan ISTIMEWANYA mereka menyimpan di Insurans & Takaful.

Nanti di bahagian lain saya akan ceritakan kenapa........

ok.



No comments:

Post a Comment