Monday, November 21, 2011

Faktor - Faktor Gagal Bayar Hutang



KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.

Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan

perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Untuk Maklumat lanjut bagi cadangan plan insuran dan takaful boleh email ke :-

pru1way@gmail.com


What is PruMy Child ?

Prudential kini memperkenalkan PRUmy child, pelan hebat pertama seumpamanya yang menawarkan perlindungan dalam tempoh penting kehamilan dan semasa bayi berbanding dengan kebanyakan pelan konvensional yang tidak menyediakan sebarang perlindungan untuk anak semasa peringkat awal bayi. Selain itu, keabnormalan kongenital mungkin tidak dilindungi di bawah pelan juvenile biasa. Dengan PRUmy child, ibu bapa kini boleh yakin bahawa bayi mereka akan dilindungi sepenuhnya sejak sebelum lahir lagi!

PRUmy child memberikan anda kawalan dan kefleksibelan untuk mereka pelan yang lengkap untuk anak anda. Menawarkan pilihan manfaat perlindungan yang tiada tandingannya yang meliputi manfaat kesihatan, kemasukan ke hospital, kemalangan dan penyakit kritikal, anda boleh yakin bahawa masa depan anak anda terjamin.


____________________________________________________________________

Bertujuan untuk memberi anda ketenangan fikiran dalam hal keperluan anak anda, manfaat baru PRUearly start dan PRUbest start di bawah pelan ini menawarkan anak anda perlindungan dalam tempoh penting kehamilan dan semasa bayi di bawah Manfaat Penjagaan Kehamilan dan Manfaat Penjagaan Anak.

Penyakit konginetal yang dilindungi di bawah pelan PRUearly start

  • Atresia Anal

Penyakit konginetal yang dilindungi di bawah pelan PRUbest start

  • Atresia Anal
  • Transposisi Pembuluh Utama
  • Trunkus Arteriosus
  • Kecacatan Septum Ventrikular

Anda boleh menjamin kesejahteraan anak anda dengan PRUessential child baru yang menawarkan perlindungan untuk penyakit tertentu anak seperti

Khidmat rundingan dan sebut harga adalah percuma. Sebut harga akan dikemukakan kepada anda melalui email. Hanya emailkan butir-butir berikut ke email pru1way@gmail.com

  1. Nama Ibu & Tarikh Lahir Ibu yang mengandung

  2. Pekerjaan ibu yang mengandung

  3. Ibu merokok atau tidak

  4. Lokasi

  5. Umur Janin (Dalam kiraan minggu)

  6. Nyatakan tarikh bersalin / kelahiran yang dijangkakan

  7. Anggaran budget ( nyatakan antara RM 100 dan ke atas)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya di email : pru1way@gmail.com