Inovasi implan stent untuk jantung
SITI, dalam usia 50-an, sentiasa sibuk dengan tugas beliau sebagai seorang ketua pegawai eksekutif untuk sebuah syarikat. Terlalu sibuk hinggakan tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan diri.Pada suatu pagi, sewaktu beliau hendak ke pejabat, Siti mengalami rasa sakit dada yang amat sangat dan akhirnya dia terus tidak sedarkan diri.
Apabila pulih dan sedar semula, Siti mendapati dirinya berada di hospital. Apakah yang telah berlaku?
Siti, anda telah mengalami serangan jantung dan disahkan menghidap penyakit jantung koronori (CAD). Kami mendapati saluran darah jantung anda menjadi sempit. Anda perlu rawatan segera untuk mengelak komplikasi yang lebih teruk," terang doktor.
Arteri Siti iaitu saluran darah yang membawa darah mengandungi oksigen keluar dari jantung untuk mengalir ke seluruh badan menjadi sempit disebabkan pembentukan plak pada bahagian dalam dinding arteri.
Dokter Pakar dan Peralatan Perubatan memerlukan belanja yang tinggi |
Untuk merawat CAD, stent membebaskan ubat (perancah) dimasukkan ke dalam saluran darah. Implan ini direka khas bagi membantu melebarkan saluran darah untuk pengaliran darah yang lebih lancar ke jantung.
Teknologi perubatan terkini menemui Absorb BVS, iaitu satu-satunya stent pembebasan ubat (DES) bukan-metalik.
Uniknya, BVS menggunakan teknologi inovatif syarikat, dihasilkan daripada polylactide, sejenis bahan yang biasanya digunakan dalam bidang perubatan seperti benang jahitan pembedahan mudah larut.
Memandangkan ia daripada bahan semulajadi, BVS selamat digunakan sebagai implan kerana ia akan habis larut setelah dua tahun dan diserap semula ke dalam tubuh.
Menurut Ketua Jabatan Kardiologi di Institut Jantung Negara, Datuk Dr. Rosli Mohd. Ali, ciri istimewa ini membezakan Abbott BVS dengan stent pembebasan ubat (DES) metalik yang konvensional.
Selain itu, BVS mengandungi stent metalik yang dimasukkan ke dalam saluran darah jantung pesakit dan meninggalkan implan kekal dalam badan pesakit.
BVS bersifat bioresorbable, bermaksud ia akan larut secara beransur-ansur (dalam masa lebih kurang dua tahun). Salur darah yang dirawat boleh kembali ke keadaan semulajadinya. Ia turut mengembalikan keanjalan semulajadi dan pergerakan saluran darah. Dalam jangka masa panjang, BVS berpotensi mengurangkan keperluan pesakit untuk mengulangi prosedur tersebut atau menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass)," jelas beliau pada sidang media memperkenalkan BVS oleh Abbott Laboratories (M) Sdn Bhd (Abbott) baru-baru ini.
Tambah Dr. Rosli, faktor ini menyebabkan prosedur BVS paling sesuai untuk pesakit muda atau yang mendapat rawatan untuk kali pertama.
Pada masa ini, masih tidak terdapat jenis stent yang sesuai untuk golongan pesakit ini. Oleh itu, BVS membantu doktor menawarkan pilihan rawatan yang lebih luas sebagai pencegahan pada masa depan," tambahnya.
No comments:
Post a Comment