Thursday, August 4, 2011

Bagaimana Saya Menentukan Nilai Perlindungan Saya Ya ? - MyPru1Way

Lazimnya orang membuat keputusan mengenai amaun perlindungan pendapatan mereka berdasarkan bajet iaitu premium yang mampu di bayar.Pendekatan ini tiada salahnya tetapi lebih baik jika anda menentukan bayaran jumlah perlindunganberdasarkan berapa banyak anda perlukan daripada yang anda mampu.......

BAGAIMANA SAYA MENENTUKAN KEPERLUAN SAYA ?

Keperluan anda pada umumnya boleh di ketogerikan sebagai serta merta, berterusan dan masa depan.Keperluan serta merta ialah perbelanjaan yang di perlukan apabila anda meninggal dunia dan biasanya perbelanjaan ini sekali atau sekaligus saja.
Keperluan berterusan ialah perbelanjaan yang berulang dan diperlukan oleh keluarga anda untuk meneruskan hidup sehari-hari.Keperluan masa depan ialah perbelanjaan yang mungkn belum nampak sekarang tetapi akan timbul pada suatu masa nanti.Contoh ketiga-tiga ketogeri ini adalah seperti berikut :-


SERTA-MERTA

1) Perbelanjaan perubatan yang tidak dilindungi
2) Pinjaman Perumahan
3) Pinjaman Kereta
4) Hutang Kredit Kad
5) Pinjaman Peribadi ( Personal Loan )
6) Cukai Tertunggak
7) Hadiah / Pemberian Sekaligus
8) Pinjaman Pelajaran ( PTPTN )

BERTERUSAN

1) Makanan
2) Rumah
3) Pakaian
4) Utiliti
5) Pengangkutan
6) Perbelanjaan Perubatan
7) Life Insuran / Takaful Keluarga
8) Hadiah / Pemberian Tahunan

MASA DEPAN

1) Pendidikan Anak ( Simpanan Pelajaran ke Universiti )
2) Persaraan

No comments:

Post a Comment