Thursday, August 4, 2011

Apakah Kegunaan Lain Insuran Hayat atau Takaful Keluarga - MyPru1Way

Selain sebab di sebutkan seperti sebelum ini, Insurans Hayat ( Life Insurance ) atau Takaful Keluarga juga di gunakan untuk : -

MEMBAYAR PERBELANJAAN AKHIR

Tiada yang percuma ini - mati pun ada bayaran yang perlu di bayar untuk meninggalkan dunia ini...!!! Bayaran ini ialah seperti kos probet dan kos pentadbiran harta pusaka yang lain,hutang dan perbelanjaan perubatan yang tidak di lindungi oleh polisi Insurans kesihatan anda.Insurans Hayat atau Takaful Keluarga sangat berguna untuk membiayai sebahagian kos ini dan memastikan keluarga anda mempunyai wang tunai yang secukupnya bagi meneruskan kehidupan mereka tanpa gangguan setelah KETIADAAN KITA!

SEBAGAI WARISAN

Ketika kebanyakkan kita bergelut untuk meneruskan hidup , PERSOALAN MENINGGALKAN WARISAN UNTUK ORANG TERSAYANG JARANG TERLINTAS DI FIKIRAN KITA. Insuran Hayat atau Takaful Keluarga adalah cara yang paling efisien bagi mewujudkan warisan untuk orang tersayang walau sekecil manapun kemampuan anda.Anda cuma perlu tentukan berapa banyak yang mampu di peruntukkan sebagai premium anda dan memutuskan siapa anda mahu namakan sebagai penama dalam polisi Insuran Hayat atau Takaful Keluarga anda .Malah , ianya satu-satunya Instrumen kewangan yang mana anda membayar ringgit terdiskaun untuk mewujudkan warisan yang besar.
Maksudnya dengan nilai bayaran premium atau sumbangan yang kecil anda boleh mendapatkan jumlah perlindungan yang agak besar bergantung pada umur anda dan jenis produk . Kelebihan tambahan ialah wang Insuran atau Takaful Keluarga itu DIKECUALIKAN CUKAI...!!!!
Selain itu ia juga boleh digunakan untuk membuat sumbangan kepada badan amal kegemaran anda.Dengan menggunakan polisi Insurans Hayat atau Takaful Keluarga anda sebenarnya membuat sumbangan yang lebih besar daripada anda mendermakan wang tunai yang sama banyak dengan premium polisi.

MEWUJUDKAN SUMBER SIMPANAN

Insurans Hayat ( Life Insurance ) atau Takaful Keluarga boleh bertindak sebagai satu bentuk " TABUNGAN PAKSA " ( FORCE SAVING ) terutama bagi mereka yang liat menabung . Kebanyakkan pelan Insuran Hayat atau Takaful Keluarga menyertakan nilai tunai yang boleh anda keluarkan pada masa tertentu. Ini berfungsi sebagai satu lagi tabungan dana bagi tujuan kecemasan atau boleh juga anda membuat satu TABUNG PENDIDIKAN ANAK ANDA atau PERSARAAN ANDA SENDIRI DI HARI MENDATANG.
Bagaimanapun tujuan utama ialah sebagai alat PERLINDUNGAN PENDAPATAN dan PENGUMPULAN KEKAYAAN.
Ianya bukan pengganti program simpanan peaburan anda yang lain tetapi cuma pelengkap program itu.

Kesimpulannya tiada intrumen kewangan lain di pasaran yang sama gunanya dengan Insurans Hayat ( Life Insurance ) atau Takaful Keluarga .Apabila kita melihat tujuan di sebalik tujuan kita mendapati ia sememangnya menakjubkan bagi melindungi kehidupan orang tersayang.

No comments:

Post a Comment