Wednesday, July 27, 2011

APAKAH INSURAN HAYAT ( LIFE INSURANCE ) ?


Ianya kontrak sah antara pemegang polisi dan penanggung insuran hayat ( Life Insurance ) yang mana penanggung insurans bersetuju membayar sejumlah wang ( Jumlah Diinsurankan ) apabila berlakunya kematian individu yang di insuranskan ( Hayat yang Di Insuranskan ) atau peristiwa lain yang di insurankan seperti Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal ( TPD ) atau Penyakit Kritikal. Sebagai balasannya pemegang polisi bersetuju untuk membayar amaun ( Premium ) di tetapkan dalam selang waktu yang tetap atau secara sekaligus.

HAKIKAT INSURAN HAYAT ( LIFE INSURANCE ) DAN TAKAFUL KELUARGA


Pada zaman dulu, ada 3 insan buta terjumpa seekor gajah.Individu pertama meraba-raba belalai gajah, yang kedua meraba kaki manakala yang ketiga meraba-raba ekor gajah.Setiap mereka pun mengamarkan bentuk gajah.Orang buta yang pertama mengatakan gajah seperti seekor ular besar,yang kedua mengatakan ianya seumpama batang pokok manakala ketiga mengatakan ia seperti seutas tali .

Begitu jugalah setiap dari kita ada tanggapan atau pemahaman yang berbeza mengenai insuran hayat ( life insurance ) atau takaful keluarga dan kita mungkin membentuk pendapat kita mengenainya berdasarkan pengalaman lalu atau mendengar cerita orang di sekeliling.Kemungkinan besar pemahaman kita mengenai insuran hayat ( life insurance ) atau Takaful Keluarga berdasarkan makluman ejen kepada kita dan pengalaman lalu berkaitan sama ada baik atau buruk.


Apa yang diharapkan ,agar anda dapat membuka mata kepada manfaat dan keajaiban Insuran Hayat ( Life Insurance ) atau Takaful Keluarga serta mendedahkan semua perkara berkaitan selain bersikap sangat telus mengenainya bagi menyingkirkan sebarang keraguan atau salah tanggapan mengenainya.

Monday, July 25, 2011

Apakah yang di maksudkan dengan 36 Penyakit Kritikal ?

PENYAKIT KRITIKAL bermaksud mana-mana daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran Lampiran yang mana terkini.

1- SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
2-
PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
3- STROK
4- KANSER
5- KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG)
6- PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA
7- PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
8- SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
9- HEPATITIS VIRUS FULMINAN

10- HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA

11- KOMA
12- BUTA
13- PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
14- PEMBEDAHAN AORTA
15- PENYAKIT ALZHEIMER

16- HILANG PENDENGARAN / PEKAK

17- HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU)

18- KEBAKARAN PARAH
19- PENYAKIT MEMBAWA MAUT
20- AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
21- PENYAKIT MOTOR NEURON
22- PENYAKIT PARKINSON
23- PENYAKIT HATI YANG KRONIK
24- PENYAKIT PEPA
RU YANG KRONIK
25- ANEMIA APLASTIK
26- DISTROFI OTOT
27- POLIOMIELITIS
28- MENINGITIS BAKTERIA
29- TUMOR OTAK BENIGNA

30- ENSEFALITIS
31- FULL BLOWN AIDS
32- LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS
33- PEMBEDAHAN OTAK

34- SINDROM APALIK
35- TRAUMA KEPALA UTAMA

36- KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI



Penerangan ringkas setiap penyakit kritikal


1. Serangan Penyakit Jantung.

Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-

i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan
iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.

Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung.
Angina juga dikecualikan secara khusus.



2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.

Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.


3. Strok.

Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.

Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.


4. Kanser.

Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histology malignan.

Keadaan-keadaan berikut adalah terkecuali :-
i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;
vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).


5. Kegagalan Ginjal ( Buah Pinggang )

Kegagalan ginjal di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.






6. Penyakit Kelumpuhan / Parap
legia
Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu.

7. Pemindahan Organ Utama.

Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-

i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang

8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang.
Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-

i. Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
ii. Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
iii. Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenat atau semakin pulih.


9. Hepatitis Virus Fulminan.
Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.

Kriteria diagnostik yang perlu ada ialah :-
a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
c. Penyakit kuning yang teruk.

Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostic.


10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama.
Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.


11. Koma.

Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi.

Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah terkecuali.


12. Buta.

Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.



13. Penggantian Injap Jantung.

Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk
mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.

Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.

14. Pembedahan Aorta.

Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.

15. Penyakit Alzheimer.

Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.

Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.


16. Hilang Pendengaran / Pekak.
Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.


17. Hilang Percakapan.

Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak)

Kesemua sebab-sebab berkaitan psikiatrik adalah terkecuali.

18. Kebakaran Parah

Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.






19. Penyakit Membawa Maut.


Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.




20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah.
Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-

i. Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
iii. Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.

Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.

21. Penyakit Motor Neuron.
Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.

Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.

22. Penyakit Parkinson.
Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-

i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.

Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-
i. Pengalihan

Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan

Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas

Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian

Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh

Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan

Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.

23. Penyakit Hati Kronik.
Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-

- Penyakit kuning kekal;
- Askit;
- Ensefalopati;
- Hipotensi portal.

Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.

24. Penyakit Paru-paru Kronik.
Kegagalan system pernafasan di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.

Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-
i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
iii. Disponea ketika berehat.

25. Anaemia Aplastik.
Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-

i. Transfusi produk darah secara berkala.
ii. Agen perangsang sum-sum.
iii. Agen imunosupresif.
iv. Pemindahan sum-sum tulang.

26. Distrofi Otot.

Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
iii. Elektromiogram sifatan
iv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.

27. Poliomielitis.
Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.

28. Meningitis Bekteria.
Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.


Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-

i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.

iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

29. Tumor Otak Benigna.
Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.

Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan :-
i. Sista;
ii. Granulomas;
iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
iv. Haematomas;
v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi. Tumor saraf akustik.

30. Eusefalitis.
Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.



Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-

i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.

iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

31. Full Blown AIDS
Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria berikut :-

i. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting syndrome);
ii. Kaposi Sarcoma;
iii. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
iv. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
v. Tuberculosis Aktif;
vi. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
vii. Malignant Lymphoma.

Dalam kes tuntutan kecuali untuk PRUpayor basic, PRUspouse payor basic, PRUparent payor basic, PRUpayor PSA, PRUspouse payor PSA, PRUparent payor PSA, PRUwaiver, PRUspouse waiver, PRUparent waiver, 50% dari semua Manfaat yang berkenaan (sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500 000 ke atas mana-mana hayat di bawah polisi ini dan semua polisi-polisi yang lain) yang kena dibayar berhubung dengan penyakit ini akan dibayar. Baki jumlah akan dibayar apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis Penyakit Kritikal yang lain yang mana dahulu berlaku.

32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius.
Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.

33. Pembedahan Otak.
Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.

34. Sindrom Appalic.
Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.

35. Kecederaan Kepala Utama.
Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan

Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan

Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas

Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian

Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh

Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan

Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.



36. Kehilangan Anggota Badan.
Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.









Perkara yang tercatat di atas adalah sebagai penerangan sahaja. Maklumat lengkap, sila rujuk polisi anda.

EDUCATION PLAN ( PLAN SIMPANAN PENDIDIKAN )


EDUCATION PLAN


Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun begitu, kos pendidikan di Universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup ini yang sukar diramalkan bermakana peruntukan mesti dibuat demi memastikan pendidikan anak anda tidak terjejas. Ketika itu barulah anda yakin bahawa anda juga telah memberikan mereka hadiah yang kekal sepanjang hayat. Tiada pelan lain yang mampu melakukan selengkap atau semudah TakafulCerdik education plan. Itulah sebabnya ia merupakan pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.

Rancanglah Pendidikan Demi Masa Depan Anak Anda...!


Prumy Child dan TakafulCerdik education plan adalah berkaitan pelaburan berpremium tetap yang matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun. Pelan ini bukan saja memberi perlindungan terhadap pendidikan dan kesihatan anak anda, malah ia juga cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah.

Kini, anda boleh memberikan dua hadiah paling bernilai kepada anak anda – pendidikan dan perlindungan – melalui satu pelan yang paling inovatif dan kombinasi cirri-cirinya yang unik.

"Kita atau dia..."

Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit.

Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan oleh MASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.


Semasa anak masih kecil, adakah mereka tahu yang mereka akan masuk ke universiti satu hari nanti? Adakah mereka tahu untuk masuk ke sesebuah Universiti memerlukan sejumlah wang bagi menampung yuran dan duit belanja pembelajaran? Siapa yang lebih tahu?..Ibu bapa atau Anak?..siapa yang ada pilihan?..Ibu Bapa atau Anak?..siapa yang ada plihan untuk berbelanja berlebihan hingga terlupa untuk membuat simpanan pada masa mendatang atau membuat simpanan berterusan bagi menyediakan wang untuk pendidikan anak? Siapa yang mempunyai pilihan.....renung mata anak kita....renung sedalam-dalamnya...sama ada yang baru saja lahir, berumur 1 atau 2 tahun atau yang sudah mula bersekolah....adakah mereka tahu yang satu hari nanti mereka memerlukan sejumlah wang untuk melanjutkan pelajaran demi cita-cita mereka. Bukan hanya cita-cita mereka, yang mana saya percaya, lebih kepada cita-cita kita untuk melihat anak kita berjaya. Tapi apakah pilihan di tangan dia?...siapa yang mempunyai pendapatan?..kita atau dia?..siapakah yang mempunyai pilihan?..kita atau dia..??? .kita yang mampu memilih untuk memperuntukkan sejumlah wang simpanan secara berterusan untuk dia atau dia sudah mampu untuk mencari wang sendiri untuk menampung pembalajaran mereka?....

Jadi, pelan Takafulink Cerdik daripada PruBSN Takaful ini direka khas dalam usaha membantu ibu bapa untuk merancang simpanan pendidikan untuk anak-anak mereka. Mulalah dari sekarang. Dapatkan pelan yang terbaik yang memberikan perlindungan Takaful dan Pendidikan dalam satu akaun yang komprehensif.

KENAPA PERLU MENABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN DI DALAM TAKAFUL CERDIK ?

Simpanan Pendidikan bagi tujuan belanja kos pembelajaran serta yuran anak anda sewaktu kemasukan ke Universiti pada masa akan datang mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Simpanan secara tetap dan disiplin akan di lakukan setiap bulan bagi mencapai nilai sasaran ( RM ) yang anda rasakan wajar pada waktu ketika anak anda berumur 18tahun.Simpanan seperti kaedah ini mampu memberikan nilai pulangan yang baik serta terjamin.

Simpanan Pendidikan di dalam Takafulink Cerdik ini juga berbeza dari simpanan biasa di bank-bank yang lain atau PTPTN yang tidak terdapat sama sekali faedah atau manfaat seperti menyimpan di dalam PruBSN Takaful Cerdik. Sebagai contoh , jika anda menyimpan secara tetap setiap bulan bagi tujuan Simpanan Pendidikan Anak Anda di dalam akaun Takafulink Cerdik , tiba-tiba berlaku KEMATIAN MENGEJUT atau HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH kepada anda , Pihak PruBSN Takafulink AKAN MENGGANTIKAN TEMPAT ANDA BAGI MENERUSKAN SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK ANDA SETIAP BULAN SAMA JUMLAH DAN NILAI YANG ANDA SIMPAN SETIAP BULAN SEBELUM INI, SEHINGGA ANAK ANDA BERUMUR 25 TAHUN. MenarikKAN !!!

Simpanan mereka akan tetap terjamin walaupun ketika anda telah tiada....




Apa dia Pelan Takafulink Cerdik?

Takafulink Cerdik merupakan pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful. Pelan ini merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal, kad perubatan (Medical Card) dan beberapa manfaat lain seperti di bawah.


Senarai manfaat dan penerangan...

1- Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan

Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.

Umur pada tarikh akan datang

1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%

Sebab kematian terdiri kematian biasa


2- 36 Jenis Penyakit Kritikal (senarai penyakit kritikal)

- Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
- Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)
- Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3- Kemalangan (Mati atau Lumpuh)

- Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan.
- Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
- Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
- Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)

- Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula.
- Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.


4- Kad Perubatan (Major Medical Card-MMC)


- Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh - Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
- Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila refer medical card)
- Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

5- Elaun Hospital

- Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
- Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
- Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.
- Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.

6- Elaun ICU

- Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.

8- Elaun Bedah

- Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.

9- Elaun Lumpuh

- Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)

9- Khairat Kematian

- Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. - Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut

10- Premium Percuma

Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya

  • Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal

  • Pembayar meninggal dunia

  • Pembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD)

  • Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.


Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.


11- Pulangan Pelaburan

- Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda.
- Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
- Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).

- Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

12- Takaful Saver

- Manfaat tambahan untuk memaksimumkan simpanan pendidikan untuk anak anda. Sila rujuk Takaful Saver

Pelan yang memberikan anda lebih kefleksibelan

· Menambah dana pendidikan anak anda pada bila-bila masa dengan pembayaran sekaligus.

· Menukar pelaburan anda antara dana-dana TakafulCerdik pada bila-bila masa.

· Membuat pengeluaran untuk membayar yuran pendidikan universiti anak anda pada bila-bila masa.

· Anak anda boleh memilih untuk mengambil polisi TakafulCerdik yang baru untuk jumlah manfaat yang sama tanpa bukti kebolehinsuranan apabila mereka mencapai umur 25 tahun dan nilai matang dibayar.

· Menunaikan polisi anda pada bila-bila masa.

Ringkasan Manfaat

Untuk Perlindungan Anak Anda

· Manfaat Kematian : Jumlah diinsuranskan dan nilai unit akan dibayar. Untuk anak yang berumur di bawah 5 tahun, bahagian daripada jumlah diinsuranskan yang akan dibayar ialah di antara 20% hingga 80%.

· Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal ( TPD ) : Jumlah diinsuranskan akan dibayar sekiranya berlaku TPD. Unit-unit kekal di dalam akaun. Untuk anak yang berumur di bawah 5 tahun, bahagian daripada jumlah diinsuranskan yang akan dibayar ialah di antara 20% hingga 80%.

· Manfaat Pilihan : Untuk perlindungan tambahan anak anda - penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat pilihan lain juga boleh didapati.

· Amaun Perlindungan Yang Fleksibel : Anda boleh mengubah amaun perlindungan untuk anak anda sementara mengekal premium anda ( Tertakluk kepada peraturan-peraturan pengunderaitan ).

Untuk Dana Pendidikan Anak Anda

· Dana-dana TakafulCerdik : Pilih dana yang sesuai dengan selera risiko anda.

· TAKAFULsaver : Memberi anda kefleksibelan untuk menambahkan dana pendidikan anak anda.

· Kemudahan Pertukaran Dana : 1 pertukaran PERCUMA antara dana-dana TakafulCerdik setiap tahun.

· Penambahan : Menambahkan dana pendidikan anak anda pada bila-bila masa.

· Pengeluaran : Membuat pengeluaran untuk membayar yuran pendidikan anak anda pada bila-bila masa.

Pelan ini adalah terbuka kepada anak-anak yang berumur dari 1 hingga 15 tahun. Untuk ibubapa yang mempunyai polisi, mereka boleh menyesuaikannya sepertimana yang difikir wajar demi kebaikan anak-anak mereka.

BENARKAH ANDA TIDAK PERLU PERLINDUNGAN INSURANS @ TAKAFUL ? - MyPru1Way


Salam sejahtera , Disini saya ingin berkongsi idea dengan anda tentang betapa pentingnya perlindungan insurans atau takaful.

Saya percaya sebaik saja anda membuka blog ini, perkara pertama yang anda fikirkan ialah .......

"KENAPA SAYA PERLU INSURAN @ TAKAFUL ??? "

"TIDAK MENGAPA SAYA ADA GL......!"

"SYARIKAT SAYA BEKERJA DAH BERI SAYA INSURAN...!!"

"SAYA BELUM SAKIT LAGI..."

"KALAU SAYA DAH TIADA DUIT BUKAN DAPAT PADA SAYA PUN...!"

Itu di antara sebahagian pendapat atau pandangan sebilangan besar masyarakat diluar sana tentang insuran peribadi dan takaful. Saya yakin kebanyakan dari kita masih tidak mengetahui bagaimana INSURAN atau TAKAFUL mampu membantu kehidupan kita,Persepsi kebanyakan sangatlah negatif terhadap perlindungan insurans. Saya Percaya anda tidak sebegitu....

Sedikit pertanyaan dari saya, bagaimanakah cara anda menyimpan wang anda? Adakah anda sedang merancang untuk membuat simpanan jangka panjang? Adakah diri anda boleh kekalkan tahap disiplin untuk membuat simpanan jangka panjang dengan konsisten.

Selalunya sikap kita kalau secara sengaja nak buat simpanan dengan penuh disiplin untuk satu tempoh jangka panjang amatlah sukar sekali. Percaya atau tidak itulah sikap sebenar kebanyakan dari kita. Tetapi kalau kita beli sesuatu barang dengan cara berhutang kita akan cuba sedaya upaya untuk membayar sepenuhnya. Kita boleh membayarnya.

Sekarang mari saya tunjukkan cara kita membuat simpanan dengan cara membeli sesuatu. Bayangkan kita membeli sesuatu barang dengan tempoh bayaran yang panjang, sedangkan barang tersebut tidak rosak dan juga tidak susut nilai. Ditambah pula barang tersebut boleh digunakan semasa kita susah atau sakit.

Sebenarnya itulah konsep kami di Prudential. Anda membeli polisi untuk jangka panjang dengan nilai simpanan tertentu. Nilai tersebut tidak susut. Dan apabila anda sakit sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital anda tidak perlu menggunakan nilai simpanan tersebut. Dari polisi tersebut disertakan kad kemudahan hospital dengan nilai minimum yang tinggi!

Bagaimana sekiranya penyakit tersebut akan menyebabkan anda tidak boleh bekerja lagi? Apatah lagi bagi anda yang masih muda umurnya. Bagaimana anda nak meneruskan simpanan? Anda tidak perlu risau tentang itu, kerana simpanan anda akan terus dibuat oleh Prudential sehingga anda tua!!!

Walaupun menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan skim perubatan percuma kepada rakyat, tetapi lihatlah realitinya apa yang berlaku di hospital kerajaan. Apabila perlu melakukan pembedahan besar kita selalunya perlu menunggu giliran. Kita tentu sedia maklum tentang prosesnya dan perkhidmatan yang kita terima tidaklah sama seperti di hospital pakar yang kita bayar (insurans yang bayar).

Jadi, rancanglah simpanan kewangan anda untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar. Sudahkah anda bersedia untuk :-

1. Menghadapi kehidupan selepas anda bersara?

2. Perbelanjaan bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak anda di institusi pengajian tinggi kelak?

3. Menempuh saat-saat mendukacitakan dan sukar (sakit) dalam hidup anda?

4. Lain-lain keperluan anda...?

Kebanyakan dari kita mungkin secara tidak sedar akan perkaran ini. Kepada anda yang bijak dan bertanggungjawab terhadap kehidupan keluarga pasti memikirkan hal ini. Anda harus sekurang-kurangnya memperuntukkan di antara 10 - 15% dari pendapatan bulanan untuk perlindungan insurans terutama dari jenis pelaburan kerana ia ada pulangan dan premiumnya tidak hangus.

Prudential BSN Takaful dengan simpanan bermula dari minimum RM 3.33 sen sehari... pastinya memenuhi segala keperluan anda pada masa hadapan... meskipun anda tidak perlukan rawatan dalam hidup anda, anda masih boleh menikmati simpanan anda di hari tua...

Hubungi saya (atau layarilah mini website saya ini seterusnya), saya akan tunjukkan bagaimana pelan ini dapat membantu anda... malah anda tidak perlu mengeluarkan wang simpanan untuk membayar nilai bil-bil rawatan perubatan anda yang besar... dan sekiranya anda disahkan menghidap sesuatu penyakit yang dianggap kritikal oleh doktor, pelan ini akan memastikan akaun simpanan anda masih ada "wang masuk" sebagaimana yang anda simpan semasa sihat dahulu sehingga umur anda tua!!! ...ini bermakna simpanan anda tidak akan terjejas walaupun anda sudah tidak boleh bekerja lagi... jika suami/isteri atau anak-anak anda yang mempunyai pelan berasingan di bawah anda, anda juga tidak perlu lagi membuat simpanan untuk mereka malah simpanan mereka akan diteruskan!!!

Realitinya wang simpanan anda tidak akan terusik atau terganggu apabila anda terpaksa dimasukkan ke hospital. Sekiranya anda simpan wang anda di bank atau ASB, anda tidak akan mendapat kemudahan seperti ini. Saya pasti pelan yang terbaik untuk anda adalah dari Prudential!

“Saya yakin ANDA dan AHLI KELUARGA ANDA memerlukan pakej yang LENGKAP dan SETELUS ini… rancanglah untuk masa depan yang lebih terjamin… pelan dengan pakej yang terbaik dari PRUDENTIAL ini pasti mampu memenuhi keperluan hidup anda sepenuhnya”