Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi
 
                   BAGAIMANA CARA MUDAH SELESAIKAN HUTANG KAD KREDIT
KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di 
hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.
Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad 
kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah 
kegagalan pembayaran balik pinjaman.
Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar
 (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan 
dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang 
sehingga di luar kemampuan.
Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu
 yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, 
mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan 
yang dikatakan lebih baik di 
hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.
“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman
 langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah 
perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin 
meningkat.
“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama
 kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita
 Harian.
Beliau berkata, selain 
kos perubatan tinggi, punca lain
 yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 
peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 
peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.
Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah 
membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman 
peribadi serta sewa beli.
Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed 
Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad 
kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.
Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada 
keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan 
perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan 
kredit.
Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat 
nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, 
antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.
Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.
“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana 
krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan 
ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi
 kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang 
baik,” katanya.
Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah
 kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes 
dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.
“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman 
kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu 
menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang
 diberikan,” katanya.
Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan 
adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili 
kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.
Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini 
menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh 
negara.

* Dapatkan Medical Card ( Pembayaran Bil Hospital & Klinik ) 
bernilai RM500,000.00 sehingga RM 2.5 Juta dengan bayaran premium 
serendah RM100 sebulan hanya di Prudential & Prudential BSN TAKAFUL.
* Hubungi no : 01129016399 atau email : pru1way@gmail.com untuk maklumat lanjut