Saturday, July 7, 2012

Broga Hill - Misteri Bukit Broga

Berkabus
Puncak pertama
Pemandangan sebahagian menarik dari Puncak Bukit Broga

Pemandangan Bukit Broga dari Jalan Broga Semenyih

Bukit Broga ini di Semenyih Selangor bersempadan dengan Negeri Sembilan.Bagi yang belum pernah datang ke sini boleh datang ke sini melalui pekan Semenyih dahulu dan akan melihat singboard tertera nama Broga.Ikut je arah papan tanda tu... paling senang jika sudah melalui pekan Semenyih dari arah Kajang pastikan anda melewati Stesyen Pam Minyak Petronas sebelum anda melihat signboard ke Broga.

Signboard di tempat parkir kereta

Bukit Broga ni cukup terkenal di kalangan mereka yang suka dengan aktiviti mendaki , tak pun bagi mereka yang suka kan pemandangan menarik bagi tujuan fotografi pun memang suka datang ke sini.Macam aku , pun sama... boleh kata hampir setiap minggu datang ke sini untuk mendaki.Kadang - kadang tak de geng pun..kalo seorang pun jadi..asalkan dapat mendaki kat sini.hehehe....
Ruang Parkir Kereta
Permulaan laluan pendakian ke Bukit Broga
Bagi yang nak melepaskan lelah dan penat ada gerai minuman
Sebahagian laluan menuju ke Puncak Bukit Broga
Bagi orang yang agak ketat dari segi masa ni boleh la mendaki ke Broga ni.Tak lama pun...paling lama pun kalau nak sampai ke puncak terakhir ni dalam 1jam je...tu pun sebab berhenti - henti.
Bagi yang membawa kereta jangan risau...di kaki bukit Broga ni ada kawasan untuk parking kereta di kebun kelapa sawit .Bayaran parking Rm2 sekali masuk yang di kenakan oleh pemilik kebun tu.
Orang ramai bertali arus turun naik
Tak perlu risau datang ke sini, sebabnya setiap minggu terutama hari Sabtu & Ahad pagi memang ramai orang datang ke sini untuk mendaki dan tak kan rasa sunyi.Cumanya nasihat saya pastikan jika nak mendaki tu, jika bawa bekalan makanan dan minuman tolong bawa turun semula..Jangan lah sampah tu di buang begitu sahaja,sebabnya..tak de majlis perbandaran punya orang naik kutip sampah kat situ..melainkan sukarelawan yang datang kutip.
Terima Kasih kepada mereka-mereka Sukarelawan berhati mulia
Bayangkan jika kawasan tu kotor dan busuk angkara perbuatan mereka yang PENGOTOR & BIADAP ni yang sesuka hati membuang sampah merata2 siapa lagi yang mahu berkunjung datang ke sini ?

Memang cantik
Bukit Broga ni ada Empat Puncak , tapi kebanyakkan pendaki ni cuma sampai di Puncak pertama sahaja.Maybe tak larat nak ke puncak terakhir...tapi apalah gunanya jika sampai di sana tidak menamatkan pendakian sehingga ke akhir puncak ? Seperti nya mereka tidak melengkapkan diri ke Broga yang sebenar.Jadi pastikan sampai ke Puncak Terakhir Broga, Puncak Ke 4 OK !!!

 Puncak akhir, kalo tak naik sampai sini kira tak naik Broga tau : )
Di Puncak Terakhir ada Papan Tanda menunjukkan kita sudah sampai ke Puncak Broga.Foto di bawah menunjukkan juga Sukarelawan sedang membersihkan Papan Tanda Puncak Broga yang telah di conteng - conteng oleh mereka yang tidak bertanggung jawab dengan menulis nama nama mereka di papan tanda tersebut mereka juga ini sama seperti mereka yang suka membuang sampah merata-rata di Bukit Broga.Terima Kasih kepada mereka yang secara sukarela membersihkan kembali papan tanda Bukit Broga.

Dan paling penting pastikan dalam berseronok untuk mendaki ni kena ada perlindungan insurans peribadi ataupun takaful, ( bukan milik insurans company punya ) paling tidak jika berlaku apa2 kejadian tidak di ingini ada perlindungan risiko yang di jamin oleh pihak Insuran mahupun takaful.Ramai juga di kalangan pendaki ni membawa anak2 kecil ke atas untuk mengambil gambar menarik bersama anak mereka, ..Pastikan anak2 tu dah ada insurans ye....  : )


View dari Puncak Ke2 menghadap Puncak Pertama
  
   Puncak ke4  dan yang terakhir