Tujuan utamanya adalah untuk perlindungan dari segi kewangan bagi sebarang akibat buruk yang mungkin di hidapi ekoran KEMATIAN Pencari Nafkah sebelum tiba waktunya.....
Yang sebenarnya anda bukanlah orang utama yang memerlukan Insuran Hayat ( Life Insurance ) atau Takaful Keluarga , sebaliknya orang yang memerlukannya adalah keluarga anda dan orang tersayang sendiri yang memerlkannya.
Insurans Hayat atau Takaful Keluarga bertujuan menggantikan Pendapatan anda untuk tanggungan anda iaitu anak , pasangan ( Isteri atau Suami ) adik beradik , Ibu dan Bapa atau sesapa sahaja yang akan mengahadapi kesempitan kewangan jika anda meninggal dunia sebelum waktunya atau di timpa bencana seperti kemalangan yang menyebabkan lumpuh kekal atau sakit kritikal yang memerlukan anda di rawat sepanjang masa....
Boleh dikatakan , ianya bukan lagi sebagai Satu Pilihan akan tetapi Ianya sebagai Satu Keperluan dalam Kehidupan masyarakat moden pada dan ketika ini....
No comments:
Post a Comment