Monday, July 25, 2011

EDUCATION PLAN ( PLAN SIMPANAN PENDIDIKAN )


EDUCATION PLAN


Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun begitu, kos pendidikan di Universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup ini yang sukar diramalkan bermakana peruntukan mesti dibuat demi memastikan pendidikan anak anda tidak terjejas. Ketika itu barulah anda yakin bahawa anda juga telah memberikan mereka hadiah yang kekal sepanjang hayat. Tiada pelan lain yang mampu melakukan selengkap atau semudah TakafulCerdik education plan. Itulah sebabnya ia merupakan pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.

Rancanglah Pendidikan Demi Masa Depan Anak Anda...!


Prumy Child dan TakafulCerdik education plan adalah berkaitan pelaburan berpremium tetap yang matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun. Pelan ini bukan saja memberi perlindungan terhadap pendidikan dan kesihatan anak anda, malah ia juga cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah.

Kini, anda boleh memberikan dua hadiah paling bernilai kepada anak anda – pendidikan dan perlindungan – melalui satu pelan yang paling inovatif dan kombinasi cirri-cirinya yang unik.

"Kita atau dia..."

Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit.

Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan oleh MASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.


Semasa anak masih kecil, adakah mereka tahu yang mereka akan masuk ke universiti satu hari nanti? Adakah mereka tahu untuk masuk ke sesebuah Universiti memerlukan sejumlah wang bagi menampung yuran dan duit belanja pembelajaran? Siapa yang lebih tahu?..Ibu bapa atau Anak?..siapa yang ada pilihan?..Ibu Bapa atau Anak?..siapa yang ada plihan untuk berbelanja berlebihan hingga terlupa untuk membuat simpanan pada masa mendatang atau membuat simpanan berterusan bagi menyediakan wang untuk pendidikan anak? Siapa yang mempunyai pilihan.....renung mata anak kita....renung sedalam-dalamnya...sama ada yang baru saja lahir, berumur 1 atau 2 tahun atau yang sudah mula bersekolah....adakah mereka tahu yang satu hari nanti mereka memerlukan sejumlah wang untuk melanjutkan pelajaran demi cita-cita mereka. Bukan hanya cita-cita mereka, yang mana saya percaya, lebih kepada cita-cita kita untuk melihat anak kita berjaya. Tapi apakah pilihan di tangan dia?...siapa yang mempunyai pendapatan?..kita atau dia?..siapakah yang mempunyai pilihan?..kita atau dia..??? .kita yang mampu memilih untuk memperuntukkan sejumlah wang simpanan secara berterusan untuk dia atau dia sudah mampu untuk mencari wang sendiri untuk menampung pembalajaran mereka?....

Jadi, pelan Takafulink Cerdik daripada PruBSN Takaful ini direka khas dalam usaha membantu ibu bapa untuk merancang simpanan pendidikan untuk anak-anak mereka. Mulalah dari sekarang. Dapatkan pelan yang terbaik yang memberikan perlindungan Takaful dan Pendidikan dalam satu akaun yang komprehensif.

KENAPA PERLU MENABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN DI DALAM TAKAFUL CERDIK ?

Simpanan Pendidikan bagi tujuan belanja kos pembelajaran serta yuran anak anda sewaktu kemasukan ke Universiti pada masa akan datang mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Simpanan secara tetap dan disiplin akan di lakukan setiap bulan bagi mencapai nilai sasaran ( RM ) yang anda rasakan wajar pada waktu ketika anak anda berumur 18tahun.Simpanan seperti kaedah ini mampu memberikan nilai pulangan yang baik serta terjamin.

Simpanan Pendidikan di dalam Takafulink Cerdik ini juga berbeza dari simpanan biasa di bank-bank yang lain atau PTPTN yang tidak terdapat sama sekali faedah atau manfaat seperti menyimpan di dalam PruBSN Takaful Cerdik. Sebagai contoh , jika anda menyimpan secara tetap setiap bulan bagi tujuan Simpanan Pendidikan Anak Anda di dalam akaun Takafulink Cerdik , tiba-tiba berlaku KEMATIAN MENGEJUT atau HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH kepada anda , Pihak PruBSN Takafulink AKAN MENGGANTIKAN TEMPAT ANDA BAGI MENERUSKAN SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK ANDA SETIAP BULAN SAMA JUMLAH DAN NILAI YANG ANDA SIMPAN SETIAP BULAN SEBELUM INI, SEHINGGA ANAK ANDA BERUMUR 25 TAHUN. MenarikKAN !!!

Simpanan mereka akan tetap terjamin walaupun ketika anda telah tiada....




Apa dia Pelan Takafulink Cerdik?

Takafulink Cerdik merupakan pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful. Pelan ini merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal, kad perubatan (Medical Card) dan beberapa manfaat lain seperti di bawah.


Senarai manfaat dan penerangan...

1- Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan

Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.

Umur pada tarikh akan datang

1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%

Sebab kematian terdiri kematian biasa


2- 36 Jenis Penyakit Kritikal (senarai penyakit kritikal)

- Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
- Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)
- Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3- Kemalangan (Mati atau Lumpuh)

- Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan.
- Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
- Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
- Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)

- Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula.
- Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.


4- Kad Perubatan (Major Medical Card-MMC)


- Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh - Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
- Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila refer medical card)
- Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

5- Elaun Hospital

- Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
- Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
- Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.
- Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.

6- Elaun ICU

- Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.

8- Elaun Bedah

- Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.

9- Elaun Lumpuh

- Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)

9- Khairat Kematian

- Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. - Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut

10- Premium Percuma

Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya

  • Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal

  • Pembayar meninggal dunia

  • Pembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD)

  • Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.


Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.


11- Pulangan Pelaburan

- Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda.
- Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
- Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).

- Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

12- Takaful Saver

- Manfaat tambahan untuk memaksimumkan simpanan pendidikan untuk anak anda. Sila rujuk Takaful Saver

Pelan yang memberikan anda lebih kefleksibelan

· Menambah dana pendidikan anak anda pada bila-bila masa dengan pembayaran sekaligus.

· Menukar pelaburan anda antara dana-dana TakafulCerdik pada bila-bila masa.

· Membuat pengeluaran untuk membayar yuran pendidikan universiti anak anda pada bila-bila masa.

· Anak anda boleh memilih untuk mengambil polisi TakafulCerdik yang baru untuk jumlah manfaat yang sama tanpa bukti kebolehinsuranan apabila mereka mencapai umur 25 tahun dan nilai matang dibayar.

· Menunaikan polisi anda pada bila-bila masa.

Ringkasan Manfaat

Untuk Perlindungan Anak Anda

· Manfaat Kematian : Jumlah diinsuranskan dan nilai unit akan dibayar. Untuk anak yang berumur di bawah 5 tahun, bahagian daripada jumlah diinsuranskan yang akan dibayar ialah di antara 20% hingga 80%.

· Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal ( TPD ) : Jumlah diinsuranskan akan dibayar sekiranya berlaku TPD. Unit-unit kekal di dalam akaun. Untuk anak yang berumur di bawah 5 tahun, bahagian daripada jumlah diinsuranskan yang akan dibayar ialah di antara 20% hingga 80%.

· Manfaat Pilihan : Untuk perlindungan tambahan anak anda - penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat pilihan lain juga boleh didapati.

· Amaun Perlindungan Yang Fleksibel : Anda boleh mengubah amaun perlindungan untuk anak anda sementara mengekal premium anda ( Tertakluk kepada peraturan-peraturan pengunderaitan ).

Untuk Dana Pendidikan Anak Anda

· Dana-dana TakafulCerdik : Pilih dana yang sesuai dengan selera risiko anda.

· TAKAFULsaver : Memberi anda kefleksibelan untuk menambahkan dana pendidikan anak anda.

· Kemudahan Pertukaran Dana : 1 pertukaran PERCUMA antara dana-dana TakafulCerdik setiap tahun.

· Penambahan : Menambahkan dana pendidikan anak anda pada bila-bila masa.

· Pengeluaran : Membuat pengeluaran untuk membayar yuran pendidikan anak anda pada bila-bila masa.

Pelan ini adalah terbuka kepada anak-anak yang berumur dari 1 hingga 15 tahun. Untuk ibubapa yang mempunyai polisi, mereka boleh menyesuaikannya sepertimana yang difikir wajar demi kebaikan anak-anak mereka.

No comments:

Post a Comment